Tuesday, June 17, 2014

Assalammualaikum semua. Pada hari ini saya akan meceritakan beberapa cerita bertauladan tetapi setiap cerita saya akan post satu persatu. Maksud saya ialah saya akan post satu cerita dahulu kemudian cerita kedua dan begitulah seterusnya.

Sekelompok kodok sedang berjalan-jalan melintasi hutan,dan dua di antara kodok tersebut jatuh kedalam sebuah lubang. Semua kodok-kodok yang lain mengelilingi lubang tersebut. Ketika melihat betapa dalamnya lubang tersebut,mereka berkata pada kedua kodok tersebut bahwa mereka lebih baik mati. Kedua kodok tersebut tak menghiraukan komentar itu dan mencuba melompat keluar dari lubang itu dengan segala kemampuan yang ada. Kodok yang lainnya tetap mengatakan agar mereka berhenti melompat dan lebih baik mati.

Akhirnya, salah satu dari kodok yang ada di lubang itu mendengarkan kata-kata kodok yang lain dan menyerah. Dia terjatuh dan mati. Sedang kodok yang satunya tetap meneruskan untuk melompat sedapat mungkin. Sekali lagi kerumunan kodok-kodok tersebut berteriak padanya agar berhenti berusaha dan mati saja. Dia bahkan berusaha lebih kuat dan akhirnya berhasil.

Ketika dia sampai diatas, ada kodok yang bertanya, "Apa kau tidak mendengar teriakan kami?". Lalu kodok itu (dengan membaca gerakan bibir kodok yang lain) menjelaskan bahawa ia pekak. Akhirnya kodok2 tesebut sedar bahwa saat di bawah tadi kodok pekak itu menganggap mereka telah memberikan semangat kepadanya.



Renungan :

Kekuatan hidup dan mati ada di lidah. Kekuatan kata-kata yang diberikan pada seseorang yang sedang "jatuh" justeru dapat membuat orang tersebut bangkit dan membantu mereka dalam menjalani hari-hari.

Kata-kata buruk yang diberikan pada seseorang yang sedang "jatuh" dapat membunuh mereka. Hati hatilah dengan apa yang akan diucapkan. Suarakan 'kata-kata kehidupan' kepada mereka yang sedang menjauh dari jalur hidupnya. Kadang-kadang memang sulit dimengerti bahwa 'kata-kata kehidupan' itu dapat membuat kita berfikir dan melangkah jauh dari yang kita perkirakan.

Semua orang dapat mengeluarkan 'kata-kata kehidupan' untuk membuat rakan dan teman atau bahkan kepada yang tidak kenal sekalipun untuk membuatnya bangkit darikeputus-asaanya, kejatuhannya, ataupun kemalangannya.

Sungguh indah apabila kita dapat meluangkan waktu kita untuk memberikan semangat kekuatan bagi mereka yang sedang putus asa dan jatuh.

Saturday, June 7, 2014






Assalammualaikum semua. Ini adalah gambar rakan-rakan senior saya yang mengikuti lawatan ilmiah ke Arab Saudi. Wah, seronok nya mereka!
Assalammualaikum semua. Pada kali ini saya akan menceritakan pengalaman rakan-rakan saya di Arab Saudi.

Seramai 29 pelajar PERMATA Insan sangat bertuah kerana telah berpeluang melawat ke  Arab Saudi dari 11 hingga 19 April 2014 baru-baru ini bersama 6 pensyarah pengiring. Sebelum itu pada 10 April 2014, pelajar-pelajar ini telah diraikan di Majlis Pertemuan Dan Ucapan Selamat Jalan Kepada Pelajar-Pelajar PERMATA Insan ke Arab Saudi bersama YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah bt. Mansor, di Seri Perdana, Putrajaya. Perjalanan mereka bermula dengan ketibaan di Madinah Al-Munawarah pada 12 April 2014. Program di Madinah dimulakan dengan ziarah di Maqam Rasulullah S.A.W, raudhah dank e perkuburan Baqi. Pada sebelah malamnya aktiviti dipenuhi dengan mendengar ceramah agama di dalam Masjid Nabawi. Anak-anak PERMATA Insan mengisi masa di dalam bas dengan aktiviti berselawat dan bernasyid.

Hari berikutnya, 13 April 2014 pelajar-pelajar di bawa ke Masjid Quba dan Jabal Uhud. Mereka diberi penerangan tentang sejarah Rasulullah S.A.W dan kaitannya dengan kedua-dua tempat ini. Selama ini mereka hanya mendengar di dalam kelas namun selepas lawatan itu mereka dapat melihat dengan mata sendiri Jabal Uhud dan Masjid Quba. Setelah itu pelajar-pelajar PERMATA Insan berpeluang melawat ke Universiti Taibah, Madinah. Di sana mereka diberi penerangan dan melawat ke fakulti kejuruteraan serta perpustakaan universiti tersebut.

Hari yang dinanti-nantikan pada 14 April 2014 tiba dengan perjalanan memakai ihram memasuki Mekah dari Madinah untuk menunaikan umrah. Bagi kebanyakkan anak-anak PERMATA Insan yang baharu pertama kali mengerjakan umrah, ia adalah satu pengalaman yang sukar dilupakan. Walaupun tiba lewat dan mengantuk, mereka tetap bersemangat untuk melakukan tawaf serta saie. Kesemua pelajar lelaki akhirnya berpakat untuk mencukur kepala mereka sehingga licin.

Keesokkan harinya pada 15 April 2014, pelajar-pelajar PERMATA Insan sekali lagi merasa teruja kerana diberi penghormatan sebagai antara rakyat Malaysia terawal selain pemimpin tertinggi negara untuk mengunjungi ke Menara Abraj Al Bait (menara jam tertinggi di dunia) di Mekah. Selain dapat bergambar kenangan mereka juga melawat ke muzium menara jam sambil diberi penerangan oleh pegawai bertugas. Banyak fakta-fakta menarik dimaklumkan yang tidak diketahui umum seperti ketinggiannya yang mencecah 595 meter dan turut dibina oleh beberapa orang jurutera dari Malaysia. Selepas itu mereka ke Secretariat General, Muslim World League untuk mendengar penerangan ringkas mengenai fungsi badan tersebut yang mempunyai cawangan di banyak negara termasuk di Malaysia. Seterusnya lawatan ke Exhibition of the Two Holy Mosques Architecture di pinggir Bandar Mekah. Di sini pelbagai peralatan lama yang digunakan di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram tahun-tahun sebelum ini dipamerkan seperti mimbar, telaga zamzam, pintu kaabah dan lain-lain lagi. Aktiviti penutup pada 15 April 2014 diakhiri dengan lawatan ke Assalamualaika Ayuhannabi, sebuah muzium interaktif mengenai sejarah Rasulullah S.A.W. di pinggir bandar Mekah. Di sini pelajar-pelajar dapat mempelajari apa sahaja mengenai sirah Rasulullah S.A.W. secara interaktif dan virtual.

Pada 16 April 2014 (Rabu), program di Mekah diteruskan dengan ziarah ke Jabal Thur, Jabal Nur, Arafah, Muzdalifah dan Mina. Lawatan ilmiah ke universiti turut diteruskan dengan kunjungan ke Universiti Umm Al-Qura, Mekah. Aturcara tarikh ini yang menjadi penantian para pelajar ialah kunjungan hormat dan sesi bertalaqi bersama Imam Besar Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, Sheikh Abdul Rahman As Sudais. Program pada hari Rabu berakhir dengan lawatan ke Projek Zamzam Raja Abdullah Bin Abdul Aziz iaitu kilang pembotolan air zamzam di pinggir bandar Mekah.

Setelah melakukan tawaf wada’ pada pagi khamis, 17 April 2014, pelajar-pelajar PERMATA Insan memulakan perjalanan ke Jeddah untuk lawatan ke American International School, Jeddah. Setelah itu mereka dijamu makan tengah hari di Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah sebelum di bawa bersiar-siar ke sekitar bandar Jeddah.

Pada 18 April 2014 program tertumpu kepada persiapan pulang pelajar-pelajar PERMATA Insan dan solat Jumaat di Masjidil Haram. Setelah solat Jumaat mereka melakukan tawaf wada’ sebelum berlepas pulang ke Jeddah untuk kembali ke Tanah Air.

Lawatan ini sangat bermanfaat dan memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar PERMATA Insan kerana mereka dapat menunaikan umrah, melawat ke universiti-universiti di sana serta mengunjungi tempat-tempat penting dalam sejarah Islam. Mereka dapat mengambil iktibar bahawa pentingnya menguasai bahasa Arab serta menghafaz Al-Quran selain memahami hadis Rasulullah S.A.W. Bagi pihak Pusat PERMATA Insan dan para pelajar, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak khususnya YAB Perdana Menteri dan isteri, YABhg. Datin Sri Rosmah kerana merealisasikan impian anak-anak ini untuk menjejakkan kaki ke tanah suci.



Abu Bakar b. Abdul Jalal

Pengiring Program Lawatan Ke Arab Saudi Oleh Pusat PERMATA Insan.

Ok lah sampai di sini sahaja cerita saya pada kali ini.

Assalammualaikum semua. Pada kali ini saya akan memaparkan video tentang Kem Permata Insan dan Lagu Tema Permata Insan.

Assalammualaikum semua. Ini adalah video dimana Permata Insan membuat persembahan choral speaking di Pesta Hoorey-Hoorey Permata di Negeri Sembilan. Semoga terhibur dengan video ini.

Assalammualaikum semua. Pada kali ini saya akan memaparkan gambar sewaktu saya di Korea. Wah, seronoknya bila teringat sast-saat indah di Korea,
Assalammualaikum semua. Pada kali ini saya akan menceritakan pengalaman saya menyertai satu festival kreativiti antarabangsa, The 9th World Creativity Festival : Mind Frontier (WCF 2013) anjuran Korea Advanced Institute of Science & Technology (KAIST) dan The Korean Society for the Gifted (KSG) dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daejeon sedang berlangsung di universiti tersebut bermula dari 25-28 Oktober 2013. Bertempat di Bandar metropolitan Daejeon, Korea Selatan, festival dengan tema kali ini “Sharing Leadership” merupakan satu acara tahunan di antara pelajar Korea dan antarabangsa bertujuan  merangsang minda pelajar  dari segi daya saing dan pemikiran kritis dan kreatif di samping mengembangkan pencapaian kreativiti dalam bidang sains dan teknologi melalui rangkaian pelajar berbakat dari pelbagai budaya dan negara.
Seramai 9 orang delegasi PERMATA Insan terdiri daripada 6 orang pelajar dan 3 orang pegawai pengiring telah berada di sana bagi membentangkan hasil kajian yang telah dilakukan oleh 3 kumpulan. Ia merupakan acara utama di dalam Mind Frontier di mana pelajar  perlu menjalankan penyelidikan di negara asal dan akan diadili oleh para hakim dari pelbagai bidang kepakaran di peringkat antarabangsa ketika festival. Pelajar juga berpeluang mengenali budaya dari pelbagai negara yang menyertai festival ini melalui program khas seperti Buddy BuddyMarket PlaceTalent Show dan banyak lagi.
Peserta:              
  1. Abdul Razak Khan bin Rustum Ali Khan, 11 tahun
  2. Adira Kamilia bt Adzman, 11 tahun
  3. Irfan Ezani bin Shuhaimi, 11 tahun
  4. Syafina Illyana bt Suzyrman, 10 tahun
  5. Mohd Farhan Bryan Korn bin Faizul, 10 tahun ( Saya )
  6. Sara Sophea bt Abdul Nawfar, 9 tahun
Pegawai Pengiring:
Prof. Datuk Dr. Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim, Dr Khairunneezam bin Mohd Noor, Cik Amirah bt Zainun
Tajuk Kajian dan Nama Kumpulan:
1. Practice Plan To Increase The Happiness  Of Children (Abdul Razzak Khan Rustum Ali Khan & Adira Kamilia Adzman – Mission For Happiness Team)
2. Practice Plan To Increase The Happiness Of Children (Irfan Ezani bin Shuhaimi & Syafina Illyana bt Suzirman – Sunshine Team)
3. Ensuring The Children’s Happiness : The EduFun Plan (Mohd Farhan Bryan Korn bin Faizul & Sara Sophea bt Abdul Nawfar – The LOL Team)
 OK lah sampai di sini sahaja lah cerita saya pada kali ini.

Thursday, June 5, 2014

Assalammualaikum semua. Pada hari ini, saya akan menceritakan dengan lebih lanjut tentang diri saya. Saya ialah pelajar bagi Program Permata Insan. Nama penuh saya ialah Mohd Farhan Bryan Korn Bin Faizul. Saya juga merupakan P.Ketua Pengawas dan P.Ketua pelajar di sekolah saya. Saya kini berusia 11 tahun dan belajar di Sekolah Kebangsaan Pekan Sipitang. Saya juga ialah seorang Ketua bagi pasukan ragbi Mss Selatan yang mana pernah berentap di Kejohanan Ragbi Peringkat Negeri. Ok. Itu sahaja yang saya ingin sampaikan pada hari ini. Assalammualaikum.
Hello, Assalammualaikum semua. Saya adalah salah seorang murid Permata Insan yang mana dianjurkan oleh Universisti Sains Islam Malaysia. Penaung bagi program ini ialah isteri bagi Perdana Menteri Malaysia iaitu Datin Seri Paduka Rosmah Binti Mansur. Dalam blog ini, saya akan menceritakan perkara-perkara yang berkaitan dengan Islam dan juga info-info terkini tentang Permata Insan. Ok lah kawan-kawan, sampai di sini sahaja lah pengenalan saya terhadap blog ini. Jangan lupa visit blog saya ya kawan-kawan.